Doa Barang Hilang Rumi

Berikut bacaan dalam rumi doa barang hilang.

Bismillahirahman nirrahim.

Yaa Jaa mi annasi liyau milaa roiba fihi, ijma’ alaiya dhoollati.

Manusia ni Allah kurniakan sifat lupa. Kadang-kadang barang yang mudah pun kita boleh terlupa kat mana letak. Doa rasa macam ingat letak kat mana. Tapi tu lah cari tak jumpa jugak. Lepas ni kalau ada barang-barang yang hilang boleh cuba amal doa barang hilang ni nah.

Doa Barang Hilang Agar Jumpa Kembali

Khas untuk korang yang tengah cari barang hilang. Baca doa barang hilang ni, inshaAllah jumpa. Kalau tak jumpa juga mungkin Allah akan gantikan dengan yang lain. Bersangka baiklah.

Bacaan Doa Ketika Hilang Barang Dalam Arab

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ

Bacaan Doa Barang Hilang Rumi

Allâhumma yâ jâmi‘an nâsi liyaumin lâ raiba fîh, ijma’ bainî wa baina dlâllatî fî khairin wa ‘âfiyah.

Maksudnya: “Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.”

Dan kami riwayatkan di dalam kitab risalah Imam Abul Qasim al-Qusyairi radhiyallahu ‘anhu pada Bab Karamah Aulia, beliau berkata: Adalah bagi Jaafar al-Khuldi² satu mata cincin, lalu terjatuh ke dalam sungai Dajlah. Dan adalah baginya doa yang mujarab untuk mendapatkan semula mata benda yang hilang, lalu beliau berdoa dengan doa tersebut, dan akhirnya mata cincin itu didapati di tengah-tengah daun kayu yang dibalik-balikkannya.

Berkata Imam al-Qusyairi radhiyallahu ‘anhu: Aku mendengar Abu Hatim as-Sajistani rahimahullahu taala berkata: Aku mendengar Abu Nasir as-Sarraj rahimahullahu taala berkata:

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لَا رَيْبَ فِيْهِ، اجْمَعُ عَلَيَّ ضَالَّتِي

Ertinya: Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia di hari yang tidak ada ragu-ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.

Berkata Imam Nawawi : Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya.

Manusia memang dianugerahkan dengan sifat lupa yang kadang-kadang dapat menyebabkan kita lupa di mana kita meletakkan barang-barang yang sering digunakan. Kadang-kadang, barang yang baru saja kita gunakan terasa begitu dekat dan kemudian tiba-tiba kita kesulitan mengingat di mana sebenarnya kita meletakkannya. Pencarian yang gigih pun kadang-kadang tidak membuahkan hasil, dan ini boleh menjadi situasi yang membuatkan kita tertekan.Artikel kali ini berkongsi doa yang boleh diamalkan ketika barang hilang.

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي

Maksudnya: “Wahai Tuhan Yang Menghimpunkan menusia di hari yang tidak ada ragu-ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.”

Kumpulan Doa Kehilangan Barang

Dalam isu barang hilang atau manusia hilang, agama Islam tidak menolak bahawa syaitan cuba menyorokkannya hingga tidak mudah dijumpai oleh manusia dengan mata kasar.

Ada juga keadaan yang berlaku apabila kedua-dua mata kita tidak dapat melihat sesuatu yang besar di depan mata oleh kerana pandangan kita ditutupi oleh jin atau syaitan.

Justeru itu, kita amat digalakkan untuk kembali kepada ajaran Islam dalam menangani masalah ini. Selain memperbanyakkan ibadah fardhu dan sunat, anda juga boleh berdoa mengembalikan semula barang yang hilang.

Terdapat beberapa doa kehilangan barang berharga yang boleh anda cuba sebagai ikhtiar untuk mendapatkan semula barang tersebut.

Berikut ini, kami kongsikan antara doa hilang barang berharga dan amalan yang boleh dibaca.

Amalan Apabila Barang Hilang

Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.

Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoalah “Doa Ditemukan Barang Yang Hilang”, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Kaedah Mencari Barang Hilang Mengikut Islam

Banyakkan berdoa kepada Allah SWT agar memberikan petunjuk dan bantuan dalam mencari barang yang hilang tersebut. Berdoalah dengan penuh keikhlasan dan keyakinan bahwa Allah SWT akan membantu dalam segala urusan.

Islam mengajarkan untuk melakukan dengan bersungguh-sungguh dalam segala hal, termasuk mencari barang yang hilang. Gunakan segala kemampuan dan sumber daya yang ada untuk melakukan pencarian dengan efektif.

Dalam proses pencarian, penting untuk sentiasa bersabar. Walaupun terdapat kemungkinan barang yang hilang tidak akan ditemukan, bersabarlah dan percayalah bahawa Allah SWT akan menggantikannya yang lebih baik.

Jika barang yang hilang tidak ditemukan meskipun telah berusaha dengan sungguh-sungguh, menerima kenyataan dengan lapang dada adalah tindakan yang bijaksana. Percayalah bahwa segala sesuatu terjadi atas kehendak Allah SWT dan mungkin ada hikmah di balik kehilangan tersebut.

6. Memberitahu Pemilik

Sekiranya kita terlibat dalam pencarian barang yang hilang, bersikap jujurlah. Beritahu kepada pemiliknya untuk mengembalikan barang tersebut. Ini adalah tindakan yang mulia dan dianjurkan dalam agama Islam.

Doa Hilang Barang Berharga 6

اَللّٰهُمَّ يَارِبِّ الضَّآلَّةِ وَيَاهَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ رُدَّ ضَآ لَّتِىْ

Rumi: Allaahumma ya rabbadl dloollati wa yaa haadiyan minadl dlolaalati rudda dloollati

Maksud: Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang. Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang.

Doa Ketika Hilang Barang 1

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ

Rumi: “Allahumma ya jami‘an nasi li yaumin la raiba fihi, ijma’ baiia wa baina dlallati fi khairin wa ‘afiyah”

Maksudnya: Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.

Tips Menemukan Semula Barangan Penting

Kaedah untuk mendapatkan kembali barang yang telah hilang, tersalah letak atau dicuri oleh pencuri, anda boleh mengamalkan langkah dan doa hilang barang berharga:

Setelah anda lakukan mengikuti cara-cara yang diterangkan diatas, InsyaAllah anda akan mendapat kembali barang yang telah hilang / dicuri.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Isteri Sanggup Biarkan Suami Gadai Barang Emas, Asalkan Satu Keluarga Dapat Makan

Baca juga: Isteri Sedih Diuji Suami Baran, Sanggup Buang Beras Agar Isteri Dan Anaknya Kelaparan

Baca juga: Beli Barang Untuk Mak Ayah, Jika Mereka Meninggal Ia Jadi Harta Pusaka & Dilarang Ambil Balik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Doa Barang Hilang – Memohon Agar Barang Ditemui Semula

Pernah tak, cari barang tak jumpa-jumpa? Dah puas cari sana sini setiap sudut dah cari, tapi tak jumpa-jumpa. Mesti letih dan geram kan. Lebih-lebih lagi kalau barang tu barang yang berharga atau barang yang nak guna.

Lain kali, apabila berada dalam situasi tersebut bolehlah anda cuba baca doa barang hilang yang dikongsikan di bawah ini. Semoga bermanfaat!

Doa Ketika Hilang Barang 5

بسم الله يا هادي الضلال وراد الضالة اردد علي ضالتي بعزتك وسلطانك فإنها من عطائك وفضلك

Rumi: “Bismillahi yaa haadi al dhalal wa raadi al dhaalah, urdud ‘ala dhaalatii bi izzatika wa sulthanika fainnahaa min ‘athaaika w fadhlika”

Maksud: Bismillah, wahai Yang Maha Memberikan Petunjuk sesuatu yang hilang arah, wahai yang Maha Mengembalikan sesuatu yang hilang, kembalikanlah kepadaku barangku yang hilang dengan kemuliaan Mu dan kekuasaan Mu, sesungguhnya itu adalah dari pemberian Mu dan kemurahan Mu.